Ikhsan Uncle Googgles |
IBU bapa sering kali merungut apabila berdepan dengan masalah anak-anak sedangkan kita tidak pernah sunyi dengan kerumitan sejak kecil lagi. Kita sayang anak yang cemerlang. kita tak puas hati dengan anak yang lemah pencapaian akademik mereka. ada anak yang buat kita asyik tersenyum, tapi ada yang boleh buat kita sakit jantung dengan kerenah mereka.
kalau boleh, kita nak anak kita sentiasa berfikiran positif sedangkan kita sendiri ada ups and down. tak logik, kan?
biasalah, anak-anak! Ada ketikanya mereka malas tapi ada masa, bukan main rajin lagi. Kita mestilah memahaminya baru mudah mengendalikan mereka. Manusia adalah makhluk yang beremosi dan setiap emosi itu sama ada positif atau negatif ada nilai baik dan mempunyai kekuatan sendiri.
Setiap anak itu unik. Mereka lahir dengan pakej yang berbeza, ada dianugerahkan bakat, kebolehan, kehebatan masing-masing. bagi anak-anak yang mempunyai IQ yang baik, mereka mudah diasuh dalam bidang akademik dan cemerlang, tetapi ada anak yang mempunyai IQ tidak begitu baik tapi punya keistimewaan dalam bidang lain seperti sukan ataupun muzik.
kita sebagai emak bapak mesti peka dengan bakat dan kebolehan anak-anak kita. jangan frust jika anak kita tidak cemerlang dalam pelajaran kerana Allah dah seimbangkannya dengan bakat. yang itulah yang kita kena cungkil dan tolong anak kembangkan.
Bakat tidak ada kena mengena dengan kegagalan anak. Tetapi sikap menyebabkan mereka gagal mengimbangi antara bakat dan pelajaran.
Contoh terbaik Nicol Ann David. Ibu bapanya mengesan bakat sukannya sejak di sekolah rendah lalu diberikan asuhan dan bimbingan profesional.
Ketika berusia 15 tahun dia muncul juara remaja dunia dan kini kekal pemain nombor satu dunia.
Mungkin ramai tidak tahu Nicol mendapat semua ‘A’ dalam peperiksaan UPSR dan PMR serta 7A dalam SPM.
Pencapaiannya ini membuktikan dengan pengurusan masa yang betul, kesungguhan yang tinggi, cara belajar yang tepat maka anak-anak boleh cemerlang dalam pelajaran dan juga sukan. Malah, kebijaksanaannya dalam pelajaran sangat membantu Nicol mengekalkan pencapaian konsistennya dalam sukan.
Ibu bapa perlu sedar betapa pentingnya memupuk dan mengasuh anak-anak mereka dari segi kebolehan dan bakat.
Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak dapat menguruskan diri dan masa dengan berkesan agar mereka mampu cemerlang dalam akademik. Ibu bapa perlu cari bakat dan potensi diri anak-anak seawal mungkin supaya anak-anak boleh mengembangkannya. beritahu anak-anak bahawa sikap main-main dan tidak serius adalah antara punca utama yang menyebabkan anak-anak gagal menggilap potensi diri mereka.
Ibu bapa mungkin gagal mengawal anak-anak mereka 24 jam sehari tetapi jika anak itu sendiri mempunyai matlamat yang besar serta kemahuan yang tinggi, tugas ibu bapa dalam mendidik mereka akan menjadi lebih mudah.
Sekian.
Sumber : (RESEPIRAHSIAKU.COM)
No comments:
Post a Comment