Followers

Thursday, December 15, 2011

Cara mudah bagaimana untuk mengenali orang yang berkualiti


copypaste from blog pakarhowto


Dalam memilih sahabat atau kawan, kita kena la pilih orang yang baik dan berkualiti. Sebab kawan kita tu nanti akan mempengaruhi perangai dan sikap kita. Kalau pilih kawan yang buruk perangai, sikit sebanyak perangai kita pun akan turut jadi buruk. Sebaliknya, kalau pilih kawan yang baik-baik, selalu pergi masjid contohnya, kita juga akan terikut-ikut jadi seperti kawan kita tu.
Tapi persoalannya ialah :
Macammana kita nak kenal seseorang itu baik? Macammana nak kenal seseorang itu berkualiti atau pun tidak?
Salah satu cara yang paling mudah untuk mengenali seseorang itu berkualiti atau pun tidak ialah, lihat kepada TUTUR BICARA atau PERKATAAN YANG DIUCAPKAN setiap hari.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir, maka hendaklah dia berkata baik atau diam” (Hadis riwayat Bukhari &Muslim).
Jika kita ingin tahu kualiti seseorang itu, lihat saja apa yang sering dikeluarkan daripada mulutnya.
Manusia dapat dikategorikan kualitinya kepada 4 tahap, berdasarkan kualiti tutur bicaranya.
  • Pertama : Orang yang berkualiti tinggi
Jika mereka berbicara, isinya sarat dengan hikmah, idea, gagasan, ilmu, zikir dan penyelesaian.
Orang seperti ini bicaranya bermanfaat pada dirinya sendiri dan juga bagi orang lain yang mendengarnya. Malah, apabila diajak berbual pastinya ada manfaat ilmu. Bicara mereka bermotivasi dan berpandangan positif dalam setiap perkara yang diutarakan.
  • Kedua, orang yang biasa-biasa saja
Ciri orang seperti ini adalah mereka sibuk menceritakan peristiwa contohnya melihat kemalangan jalan raya atau rompakan, dia juga pasti akan menceritakannya seolah-olah diri mereka berada di tempat itu.
Jika melalui semua bicara itu orang lain dapat mengambil hikmah maka tidak rugi, tapi jika sekadar memenatkan mulut sendiri tanpa manfaat tentu ia sia-sia.
  • Ketiga, orang rendah kualiti diri
Cirinya jika berbicara isinya hanya mengeluh, mencela dan menghina. Apa saja akan jadi bahan keluhannya. Contohnya, mereka sering mengeluh banyak masalah.
Mereka juga tidak tahu menghargai sesuatu misalnya, Jika dihidangkan makanan akan keluar keluhannya seperti ‘kenapa lauk ini kurang sedap’, namun begitu habis juga dimakannya.
Hari-harinya dipenuhi dengan bersungut seolah-olah segala yang berlaku penuh kekurangan. Alangkah ruginya hidup orang kategori seperti ini kerana seolah-olah tidak dapat membezakan nikmat dan musibah.
  • Keempat, orang yang cetek fikirannya
Iaitu mereka yang bicaranya hanya mengenai kehebatan dirinya atau kebaikan dirinya sedangkan hidup adalah pengabdian diri kepada Allah.
Mengapa mereka perlu bangga diri kerana semua itu kurniakan Allah. Golongan seperti itu sering dilihat menonjol dan mendominasi. Jika ada yang lebih baik darinya hatinya berasa tidak senang dan berharap orang itu segera jatuh.
Oleh itu berhati-hati apabila berbicara. Jagalah tutur percakapan kita dan kurangkanlah berkata-kata kerana ia akan mengurangi kesalahan kata kita. Jaga lidah sebaik mungkin kerana ia adalah amanah Allah s.w.t.

Friday, November 11, 2011

"My Happiest Moment”

Jom sertai contest  Nuffnang
bakal menjanjikan hadiah yg begitu menarik dan lumayan...

Kenapa saya pilih gambar ni :-
 Happy Moment bila tgk mereka adik beradik tersenyum gembira...
Terpancar ketulusan dan kemulusan anak-anak ini, menyerlahkan detik-detik kegembiraan saya sebagai seorang ibu dengan hadirnya mereka disisi, bermula disaat kelahiran hingga sekarang...pastinya, akan menjadi kenangan menggembirakan dan terindah sepanjang hayat sebagai seseorang yg bergelar "IBU" 


Jom Clik kat sini utk join http://nuffnang.com.my/olympus .

Hadiah:
◦1st prize: Olympus PEN Lite E-PL3 Kit worth RM 2,499
◦2nd prize: Olympus PEN mini E-PM1 Kit worth RM 2,099
◦3rd-5th prize: Olympus PEN carry-all bag worth RM350
 

Thursday, November 10, 2011

"Hitam vs Putih"

Salam...lamanya tak update blog..ni...dah berbulan-bln...
Bknnya tak mau berblog dah..cuma ketandusan idea ditambah plk dgn kemalasan yang melanda...

Pembukaan bicara....kalo tgk tang tittle tu.... mcm-mcm andaian blh dibuatkan...apa yg hitamnya...apa yg putihnya..

Citernya....
Smlm, setelah selesai memasak, mandi segala...duduklah nora relax kat ruang tamu tu...datang la si Hero sorg ni...Wafie, tiba-tiba mintak nak peluk ibu...

Wafie : "Ibu, Wafie nak peluk ibu, dah lama Wafie tak peluk Ibu..." ( sambil tersenyum)

Ibu : "Aik...lama tak peluk? bkn ker baru smlm Wafie peluk Ibu..." ( berbalas senyum)

Wafie : " Heehehe.."

Ibu : " Wafie sayang Ibu ker"

Wafie : "Sayang..."

Ibu : "Kenapa Wafie syg Ibu?"

Wafie : "Sbb...Ibu Putih... !"

Ibu : "La...Kalo Ibu Hitam, Wafie syg tak?"

Wafie : " Sayang..."

Sampuk Si Kakak WARDAH .... "Wafie..patutnya jawablah, Wafie sayang sbb ibu kan, Ibu Wafie..."

Hehehhe...kelakar dan sejuk hati mendengar ngomelan anak-anak ni... mcm-mcm...


Jom...layan gambar... Wafie yg bakal menyambut hari lahirnya yg ke 8 pada 30/11 ni...





Monday, August 8, 2011

Contest automatically terbatal...;(



Nampak gayanya contest yg dianjurkan terpaksa dibatalkan memandangkan tiada sambutan...sorang jer pun yg join...huhuhu...Agaknya..apa punca menyebabkan contest ni tak berjaya yer...
Maybe....Syaratnya susah kut.....mmmm tak mungkin, coz...abih simple dah niii...
Maybe....Hadiah tak menarik.....mmm..ish...best tu..all hand made item ni..
Maybe....Kurang promosi?.........mmm...promote gakk..tapi agak kureng ckit..laa....
Maybe....Blog kita ni tak femes.....mmm...yer la kutt...huhuhuuhuu...
Maybe....Tajuk contest ni tak menarik n susah peserta nak join....ye kot...rata-rata ckp..tak de crownnn....

Alahai..berapa byk maybe niii...apahal pun, nak kena belajar ngan taiko-taiko contest nii...
Anyway...memandangkan ada sorg jer peserta yg join contest ni, iaitu..cik ros cute (thanks atas sokongan anda menyertai contest ni) sebagai tanda perghargaan mysweetkiddys....anda layak memilih mana-mana 1 hadiah yg ditawarkan..pilih yg mana berkenan yerr...rezekii...jgn ditolak kann....

Cik ros cute, tolong emailkan details pada saya yer ... norayus75@yahoo.com
Sayonara...


Jom Join Contest ....

~STICKY POST untill 08/08/2011 (12.30am)~
Sempena nak manyambut Ulangtahun kelahiran Walin yg ke Tiga, Nora dgn berbesar hati ingin menganjurkan "PRINCE & PRINCESS WITH CROWN CONTEST"


Rules

* Buat entry berkenaan "Prince & Princess With Crown Contest" 
* Tempek banner kat atas tu di Entry & Sidebar
* Follow & letakkan kedlm bloglist anda blog Mysweetkiddys & Mysweetkiddystore
* Upload sekeping gambar anak/anak buah pakai crown (umur 3thn kebawah setakat Ogos 2011)
 tak perlu guna crown yg hebat pun..blh guna creativity...contoh..buat your own crown...by paper..with colourfull coloured..okay gak tuu...hehehe.....
* Tulis sedikit ucapan untuk Walin
 * Tinggalkan Link Entry anda
* Tag 2 org rakan


Prize

Hadiah Pertama X2


Hadiah kedua X2
Hadiah Ketiga X2

Saguhati X4

Nota
Hadiah ~ Warna dan corak pilihan Penaja.
Pemenang akan dipilih berdasarkan Photo Kepilan, Ucapan ~ Undian dibuat oleh Juri Jemputan dan Penaja 
Kategori Pemenang Terbahagi Kepada 2 ~ Boys & Girls 

Tuesday, July 12, 2011

Sahabat Sejati ~ Ikhlas Dari hati...

Ciluk google

Assalamualaikum...Lamanya tak bersiaran..
Kali ni nak bercerita sedikit mengenai Sahabat Sejati.. ( Kebetulan duduk sendirian kat umah sambil dgr radio-keluar cerita berkenaan adab-adab bersahabat...

Sahabat Sejati perlu ada keikhlasan yg luhur dari hati..bkn sekadar berpura-pura contohnya :
 ~ Tatkala sahabat itu menerima perkhabaran gembira (naik pangkat) - Datang menyampaikan ucap tahniah sedangkan dalam hati ada perasaan iri hati.
~ Tatkala menerima perkhabaran tidah baik (kehilangan) - Datang menyatakan perasaan kasihan sedangkan dalam hati mengatakan padan muka..

Kehidupan bersahabat juga perlu ada timbang rasa, tolak ansur..
Perlu ada sifat menghormati..
Dari segi pergaulan, percakapan maupun perbuatan..

Ada kalanya dikatakan tidaklah sopan sekiranya ketika seseorg sahabat itu sedang berbicara, datang pula kawan yg menyampuk sehinggakan terbantut perbualannya.. Tunggulah sehingga selesai.. baru kita datang berbicara..

Kehidupan sahabat juga tidaklah perlu kita amik tahu secara keterlaluan sehinggakan mengganggu privasinya, melainkan atas kerelaan hatinya sendiri menceritakan masalah dirinya..dan kita sebagai seorg sahabat perlulah menjadi seorg pendengar yg setia...

Sahabat itu dikatakan sahabat sejati kiranya dalam suka maupun duka dia bisa menemani kita...jadi pembimbing dikala kita tersasar dalam kehidupan...
Apapun..alhamdulillah... Nora dikelilingi sahabat-sahabat sejati insyaallah...mudah-mudahan...

Ciluk google

My Frenz Forever
Teman bkn 1, tp beribu..bkn sementara,tp selamanya..
bkn utk dimusuhi,tp disayangi..bkn utk dilupai, tp diingati..
bkn hanya di sini,tp dimana2..bkn setakat ini,tp utk selama2nya...insyaallahhh....

Monday, June 20, 2011

Sunyi..Terasing..

 Ihsan Pak Cik Googles

Agaknya apa yg uollss..bygkan bila baca post tittle ni... ;)
Alah..bkn apa..nak kabo.. blog ni bkl tambah sunyi la memandangkan Pn empunya blog nak kena hadir kursus selama 3 hari.. bygkan kalo tak kursus pun tak de post baru...nikan plk berkursus...hmmm...masalah gak kalo buat blog sampai 2-3 ni..tak terkejar nak mengapdet...post baru...alahai...
Apa-apa pun insyaallah akan diupdate lps blk kursus ni... ;)

Monday, June 6, 2011

Mohon Vote Anda

Memohon jasa  baik kengkawan blog tolong vote Walin kat link sini Pilih Nora yg dihighlightkan warna merah tu yerr...Line ketiga dari bwh... 


Sunday, June 5, 2011

Dahsyatnya Doa Seorang Ibu - Suatu Pengajaran

Sumber diperolehi dari saudara Wazy

"Sharing is Caring" 


Satu ceramah bertajuk “Dasyatnya Doa Seorang Ibu” oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. Jadi kepada semua pengalaman dan luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama2 hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda ****

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
  • Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik.
  • Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah.
  • *** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
     
  • Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
  • Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Ø Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Ø
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Ø
Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
  • 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur!
Ø Anak.
Ø
Ibu.
Ø
Suami.

Sebagai Selingan Kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk lah muka laki kita tika dia tidor – kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua – maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed apa yang patut..
  • Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang lah ibumu selalu.
  • Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu.
  • Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita.
  • Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai.
  • *** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu.
  • Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, “ungkit” kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal” .
Ø “Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”.
Ø *** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.
  • Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
  • Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, lps tu bicaralah dengan Allah..
Ø “Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini” .
Ø
“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini” .
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.
  • *** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira diaanak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!
  • Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika ianya telah tiada.
  • *** Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup.
Ø Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
  • Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita “berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam pd merika.
  • Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.
  • Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..
  • Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!.
  • *** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .
  • Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.
  • *** Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk..ini bertujuan memberi syurga pada anak2nya. Doa ini bukan bermaksud minta merika sakit or nyanyok..ironinya keadaan demikian membolehkan anak2 berebut mahu menjaga merika disaat merika dlm keuzuran itu sbb balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
  • Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
  • Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Ø Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Ø
Saka dipindahkan melalui Kasih sayang/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan.
Ø
Symptom terkena saka:

  • Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
  • Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar.
  • Susah nak dapat anak, senang gugur.
  • Ada rasa kelibat orang lalu.
  • Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.
  • Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.
  • 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.
  • Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan.
  • Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari.
Anak Lari Dari Rumah

  • Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
  • Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.
Anak Degil
  • *** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
Ø Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon dari org yang dah try sungguh menakjubkan setakat ni alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalu kita nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.
Jadi sama-samalah kita praktikkan apa yang mampu dan jangan sekalipun kedekut memanjangkan mail ini kepada sedara seagama kita. Wallahualam….Sampaikan ilmu ini kpd yg lain wlupun satu ayat

Tuesday, May 31, 2011

Belanja Kawin - Mahal, Rendah...???



Topik kali ni sebenarnya dah tak relevan ngan Status Nora dah sebenarnya...tu pun kalo nak tunggu relevannya..terpaksalah tunggu 10-15 thn akan datang kut...turn anak la plk 

Sekarang ni kalo kawin ranking hantaran utk org-org kebanyakan n biase-biase jer blh cecah RM10k ? 

#####
Persoalannya..adakah perlu belanja hantaran dibuat berdasarkan ranking / trend terkini..

Masalahnya..Bila hantaran ditetapkan terlalu tinggi...
* Mampukah bakal pengantin mengadakan sejumlah wang yg agak besar
sehinggakan memaksa mereka membuat loan semata-mata nak memenuhi permintaan keluarga bakal mertua?

* Timbul ketidakpuasan hati bakal pengantin yang mana akan membuatkan mereka teragak-agak samada ingin meneruskan atau tidak niat murni ini.

* Dalam islam - Apabila seseorang anak perempuan itu dinikahkan, segala dosanya ditanggung oleh suaminya..jadi adalah tidak berbaloi kiranya mereka dibebankan plk dgn urusan belanja yg tinggi...sdgkan sah-sah mereka plk yg bkl dibebani dosa isterinya.

 Masalahnya..Bila hantaran diletakkan terlalu rendah..
 * Ada plk mulut-mulut jahat mengata.."alahai..murahnya"

* " Ni nak guna buat belanja apa ni? Ayam sekarang pun dah RM15 sekor..cukup ker?"

* Kalau byk ni mana nak cukup...time ni la kena letak tinggi...besok dah kawin susah laki hang  nak bg kat hang. Mesti depa dok perabih duit ke benda lain plk.."

* Perasaan malu dan rendah hati timbul pada pihak pengantin perempuan bila ditanya brp jumlah hantaran?

Hakikatnya...Kita kena tahu kemampuan bakal pengantin...Biarlah belanja hantaran tu relevan dengan kemampuannya...jgn sekadar mengikut trend semasa / berniat utk memegahkan diri.
Biarkan kata-kata krg enak dari masyarakat keliling...Yg penting kita tahu...apa yg kita nak..

Kebahagian Hakiki dan Keredhaan ALLAH swt.


Tuesday, May 24, 2011

" Di Sebalik Tragedi Malam 9 May "


Entry tertangguh ~ kesinambungan dari citer sebelum ni...

Alkisahnya ... Selepas selesai jer Bomba bukak pintu kereta tu...datang la sorang Apek..peluk-peluk Wafie dan bercakap ngan Wafie , tapi dlm bahasa Cina... Datang si Ayah menjelaskan pada Apek tu.. " Bdk ni anak org melayu..dia tak paham pun U ckp apa..." Si Apek pun menjawap... " O..ya ka?"

Mamat bomba plk...dgn muka penuh mushkil... bertanya " Anak awak ker ni? Nama apa? " 3 x  soklan yang sama keluar dr mulutnya... Si Ayah plk jawab "Ya, Ini anak saya.. Namanya Wafie"...

Apa motif story ni?  Hehehe... Nampak sgtkah beza antara Wafie ngan ayah nya...? Bagi Nora, muka depa ni ada iras-irasnya..tp mungkin sbb Wafie kulitnya cerah...ayahnya kulit coklatt...maka org tak percaya kut tu Wafie tu anaknya....
Jom layan pict Wafie dr kecik until now...


Wednesday, May 11, 2011

Jom Lepak di Bangku Kosong

Sertai Segmen Ini: Jom Lepak di Bangku Kosong (Buat Blog Kurang 500 Followers)

Salam.
Jom kita pakat join segmen kawan blogger kita ni....Entri ni khas buat blogger yang seangkatan ngan blog Nora ni...kay. So, bagi sesapa yg nak nak upkan traffic, jom join..dah suntuk pun masa..anyway, kalau nak seribu daya kannn...
     Di samping tu dapat kita menambahkankan bloglist baru @ rakan blogger baru...

Nak join?
Klik banner yerrr.....

Tuesday, May 10, 2011

" Tragedi Malam 9 May "

Apa dah jadi malam 9 May...?
Begini ceciternye...
Malam tu...Nora satu family kuar nak hantar Wardah ker kelas tusyen...kebiasaannya Wardah msk tusyen kul 9mlm..tp, disbbkan ada barang nak dibeli utk birthday 2 org kwnnya..maka kami pun pakat keluar awal..
  Pada masa yg sama juga..kebetulan ayah nak pi settle duit balance belian barang letrik di SEC...
So...bg menjimatkan masa.., ayah pun menurunkan Nora with Walin n Wardah kat Tesco..Wafie ikut ayah coz dia dah terlena dlm kereta.
  So..kami pun pi la masuk tesco sambil mencari hadiah apa yg nak dibelii...Lebih krg 20 minit..Ayah call tanya Nora ada kunci spare keta tak? MMmm...Apesal plk ni...? Rupa-rupanya..Ayah tinggalkan Wafie tidur dlm keta..yg mana seblom tu ayah sempat pesan pada Wafie..nanti tolong bkk pintu..bila ayah panggil..
  Selesai ayah buat bayaran tak sampai pun 5 minit..ayah pi panggil Wafie srh bkk pintu...Tapikan...Ya Allah...Wafie tidur tak sedarkan diri...plkkk...ayah dah panik...Pergi mintak tolong staf SEC cari pembaris nak try bkk pintu...Tapi tak berjaya..jalan lain..depa pakat dok ketuk cermin n goyang keta..tp still Wafie tidur tak ingat dunia..
  Perbuatan depa ni rupanya telah menarik perhatian org-org sekeliling..Pelanggan Mc Donald..tak terkecuali pakat ramai-ramai kuar tgk apa citernya...So, ramai-ramai pakat ketuk tingkap n pintu keta..Wafie still tak bgn...(sampai abih tingkap keta tu bercop tgn mcm-mcm jenis Org ;)
   Siap ada plk yg tolong bunyikan hon keta..hon moto...tp...Wafie still tak terjaga...Fuuhhh..Ayah dah mula tak tentu arah..bila ada yg kata..Wafie pengsan kutt...
Tak lama lps tu..ada plk kereta bomba besar gabai datang...Entah hamba Allah mana dah call..buat panggilan...siap ngan mamat bomba 5 org..datang bkk pintu...guna besi panjang...depa kata kalo dlm masa 5 minit tak berjaya...depa terpaksa pecahkan cermin tingkap..Apalagi..makin ramai la manusia dok kerumun ...Alhamdulillah..tak lama lepas tu pintu dah blh bkk..
   Tapi kan....masyaAllah...Wafie still lena dibuai mimpi...ish..ish..ish...bygkan...sampai bunyi siren bomba pun dia msh tidur...n....penat sgtkah Wafie sampai tak sedar kat luar tu dah macam ada pesta...
Sampaikan blk umah pun Wafie masih lena tidurr..Hai...Wafie..Wafie....
 
So..Kesimpulannya...Kalo anak tidur..jgn sekali-kali tinggalkan dlm kereta...start engine trus blk umahh,,,slamattt...Ini kalo dah jadi camni...depa akan kata apa...."Tula...ayah/maknya careles...ada ker patut anak ditinggalkan dlm keta..."....

Wednesday, April 6, 2011

"Cute Baby With HAT Contest"

 " GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON
"VACATION" 2D1N & SPONSOR BY aNJe a.k.a MaMa_BaLQiS" 


♥ 1st Seasonal : "Cute Baby With HAT Contest" ♥


Klik banner

Anjuran


Penaja

&


' Pic ' 

WALIN HANNANI YUSRA
      2 THN 8 BLN ( 02/08/08 )     


Monday, April 4, 2011

CONTEST mummyHaza ~ Uniknya Ayah & Anak


Contest bermula 30.3.11~30.4.11

Syarat-syaratnya :

1. Follow di SINI &SINI 
2. Buat 1 entry tentang contest ini. CONTEST mummyHaza~ Uniknya Ayah & Anak
3. Copy gambar contest,  letak kat dalam entry & sidebar.. linkkan sekali
4. Masukkan sekeping gambar yang bersesuaian dengan tajuk contest dan  cerita sikit tentang gambar tu...
5. Tekan LIKE kat sini yek.. (markah bonus)~sekiranye penyertaan anda b4 20.4.11
6. Tinggalkan link entry anda di sini...

Pic Pertaruhan
"
"

Gambar ni diambil sewaktu Sambutan hari keluarga tempat kerja Ibu, 
di Waterpark... Waktu ni Walin tak mau berganjak dari ayahnya...
Bila letak dlm air dia tak mau..bila Ibu ajak naik pun dia tak mau...
Takut tapi still nak main air...Sudahnya, ayah kena dukung masuk air sama..baru dia confidentt...
Kalu ngan ibu sekali pun dia tak confident...mau ngan ayah gakkk...
Uniknya hubungan antara ayah dan anak...
;)

Nama : Walin Hannani Yusra

Umur : 2 thn 7 bln 

NakTag


Contest Photo Anakku Ceria


Tarikh tutup ~ 10.4.2011 

    ~Pic~   



 Nama Ibu : Noor Rafidah Daud
Nama Anak : Walin Hannani Yusra
Umur Anak : 2 thn 7 bln




NakTag


Sunday, April 3, 2011

GA..Senyuman Si Cilik



Tarikh Tutup : 14 April 2011

Nak Tag :




Gambar yang dipertaruhkan
Nama Anak :Walin Hannani Bt Yusra
Nama Ibu :Noor Rafidah Daud
D.O.B : 02/08/2008
Umur : 2 thn 7 bln

Friday, April 1, 2011

Show Your Teeth Contest




Caranya ~
1. Buat satu entri Show Your Teeth Contest.
2. masukkan banner di entri dan sidebar (harus link).
3. Letak gambar nampak gigi
4. Sertakan
-nama anak
-d.o.b anak
-nama ibu/bapa
-hubungan baby dengan penulis entry (kalau bukan anak sendiri)
5. tag 3 rakan dan make sure diorang tahu..

~ Pic ~

 Anak ~ Walin Hannani Bt Yusra
D.O.B ~ 02/08/08
Umur ~ 2 thn 7 bln
Ibu ~ Noor Rafidah Daud

syarat-syarat:
1. wajib follow blog ini.
2. wajib follow blog Jaja Online Shoppe
3. wajib add friend Jaja OnlineShoppe di Facebook