Followers

Saturday, October 31, 2009

" Wafie last konsert "

Nampak Wafie yg mana?


Aksi chicky...


Ngan member-member pokoknya..Yang dark green tu pokok tua...light green pokok muda....:)

Ni ngan best friend...dah tak jumpa thn ni coz member tu dah pindah tempat lain...


Hari ni..Wafie berkonsert lagi..tapi untuk terakhir kalinya dalam peralihan ke alam persekolahan sebenar... Hari ni juga Wafie terima sijil tamat tadikanya setelah 3 tahun dia berada dalam alam pra sekolahnya.. Tahun depan Wafie dah darjah satu..Masa tu jugalah..tanggungjawab ibu semakin berat dalam usaha nak membimbing anak ibu ni dlm memastikan wafie dapat terbaik dalam ilmu..pendidikan ni... Lagipun...ini jerla antara harta yg dpt ibu beri...disamping bekalan agama utk bkl anak ibu ni...dunia dan akhirat... mm..masih tak sempat nak upload gamba wafie konsert tadi.. so..ibu load gambar konsert thn lps jer dulu...masa wafie 5 thn..jadi pokok...






Sunday, October 25, 2009

CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL

Contest ni dianjurkan oleh smileykidz photography.

Online contest ini di buka dari tarikh:

15th Oktober 2009 - 31 Oktober 2009 jam 11.59mlm.

Cara2 penyertaan?

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:
Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira
So...ini dia gambar yang bakal dipertaruhkan


Walin Hannani
1 tahun 2 bulan




Ibu doakan moga-moga anak ibu ni terpilih...Amin...

Friday, October 23, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

secara rasminya contest ini dilancarkan dari:
24 October 2009 hingga 17 November 2009

TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower elizakru.blogspot.com

2. Linkkan -elizakru.blogspot.com di blog anda

3. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini

4. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru

5. Sila link kan url blog anda di bah. comment bagi melihat pernyertaan anda.

6. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri

7. Had umur baby uols :- newborn ~ 4 tahun

So..Ini lah dia pict. Walin utk
CUTEST BABY IN BLUE



Walin Hannani Yusra
D.O.B : 02/08/08





Tuesday, October 20, 2009

blog menarik utk kita lawati...khas utk tips penjagaan anak..

Just nak berkongsi serba sedikit tips yang saya perolehi dari rakan blog kita.
http://www.rentis.blogspot.com/
Banyak tips menarik dalam soal penjagaan anak yang boleh kita perolehi
dari hasil penulisan beliau..

ANAK PEREMPUAN DAN KECANTIKAN

Teringat saya kepada peristiwa di satu pagi beberapa tahun lepas yang membawa perubahan positif kepada hidup saya.

Pada pagi itu saya singgah di rumah kawan saya, Fiza kerana urusan peribadi. Fiza, suri rumahtangga mempunyai empat orang anak yang masih kecil. Dia kelihatan manis sekali berbaju kurung dengan dandanan yang menarik.

Saya bertanya sama ada dia bersiap hendak keluar. ”Taklah, duduk rumah pun kena sentiasa melawa untuk diri sendiri dan suami. Kita pun akan rasa segar, ceria dan bersemangat melakukan kerja-kerja rumah dan melayan kerenah anak-anak”, jawab Fiza selamba.

Sejak itu saya mula muhasabah diri. Memang saya perlu mencontohi Fiza. Sentiasa kelihatan kemas, menarik dan ceria di rumah.

Saya memang asalnya tak suka melawa. Bagi saya ia membuang masa dan duit. Saya juga rimas memakai barang kemas. Suka ringkas saja.

Mungkin kerana kesempitan hidup semasa kecil, kami adik beradik tidak ada banyak baju dan perhiasan. Jadi tak biasa melawa dan memakai barang kemas.

Apa pun sesuatu mengenai Fiza menarik minat saya untuk nekad berubah. Saya mula mengambil perhatian kepada kecantikan dan mengajak anak saya, Nurin bersama.

Pengajaran pertama saya pelajari adalah untuk berhias memerlukan usaha dan kreativiti. Bukan senang. Apa pun ia sesuatu yang berbaloi.

Saya dapati dalam diri saya ada keinginan seperti wanita lain yang sukakan kecantikan.

Anak perempuan saya, Nurin memang suka kelihatan cantik dan kemas. Sejak kecil dia suka meniru cara saya berpakaian, kemudian bila dah besar sikit mula dipengaruhi oleh kawan-kawan dan fesyen semasa.

Saya cuba melayan minatnya dengan memberi panduan. Apa yang wanita Islam tidak boleh pakai di luar, saya benarkan dia berpakaian di rumah. Cuma perlu sopan dan menjaga aurat sesama mahram.

Keinginan untuk sentiasa kemas dan kelihatan cantik mengeratkan lagi hubungan kami sebagai ibu dan anak. Kami berkongsi idea dan akan keluar bersama membeli aksesori dari masa ke semasa. Nurin juga suka mencipta aksesori sendiri dari manik dan kadang-kadang menjual kepada kawan-kawannya.

Sekarang Nurin sama tinggi dengan saya dan mempunyai saiz kasut yang sama. Jadi dapat berkongsi pakaian dan kasut.


Fitrah anak gadis yang ingin kelihatan cantik perlu dipupuk sejak kecil. Ibu bukan sahaja role model tetapi pembimbing yang berperanan memberi panduan kepada anak perempuan tentang adab-adab berpakaian.

Ayah boleh memainkan peranan dengan memuji anak perempuan sekali sekala. Berikan hadiah dari masa ke semasa mengikut minat mereka.

Sebaiknya anak perempuan mempunyai bilik atau sudut sendiri bagi mengasuh mereka menghargai, menjaga dan menyimpan barang-barang peribadi.

Moga kita berusaha menyantuni fitrah anak-anak perempuan kita menjadi wanita solehah dan isteri yang menawan hati suami setiap masa. Yang lebih penting, galakkan mereka berpakaian takwa dan hiaskan diri mereka dengan akhlak yang mulia.


Thursday, October 15, 2009


Hee..hehehe....New Sign create blajo dari member godekblog...thanks a lot...



Wednesday, October 14, 2009

"Walin Masuk Studio"


Time ni Walin nangis nak pi kat Ayah...


Bulatnya Mata dia? Nice capture Mr. Photographer...


Gambar mula-mula sekali di snap..nampak car tu trus nak naik...

Wafiee...Lagii....


Lagi cerita pasal Wafie..Semalam punya cerita ....
Kebiasaannya..Pagi-pagi Wafie..Nora antar kat Tadika..Then belah ptgnya, Antar pulak ke Kelas ABIM..Pra tahfiz..

Disbbkan kami satu pejabat mmg beramai-ramai menghantar anak ke tempat yang sama..Jadi..tugas menjadi bas sekolah ni diagihkan secara berselang seli antara kami.
.

Nak jadi cerita, semlmnya adalah giliran IbuDina utk jadi bas sekolah..
Wafie anak teruna ku yg sorang ni berkeras tak nak ke ABIM..
Puasla IbuDina memujuk sampaikan terpaksa dibantu Seorg ustazah ABIM.
Disbbkan Wafie masih tidak mau berganjak dari kereta..mereka pun terpaksalah menarik Wafie ...

Habih semua benda di peluk Wafie tanda protes tak mau pi ABIM..
Lalu pintu pagar..dia capai..lalu rak kasut..dia capai..lalu pintu masuk kelas pun dicapainya..Kesian la member Nora sorang ni..tang tu jer dah kena spend 15min..Mmmm...Malu la Ibu ni Wafie ooiii...


" Tak nak pi sekolah..tak nak pi sekolah "

Alahai...Wafie buat perangai lagi..Tak nak pi sekolah...Puas nora kejut, Alasannya ngantuk la..penatla..
Tapi camner...Mahu tak mahu kena lah gak pi sekolah..Minggu ni nasib baik Tok Ma dok ada..esok kalau Tok Ma nya balik...

MMmmm...kalau difikirkan zaman-zaman kita dulu tak lah sangat dibebankan dengan macam-macam kelas..kalau dibandingkan dengan zaman anak kita sekarang ni..schedule harian memang cukup padat..belum lagi ditambah dengan aktiviti lain...

Tapi..dah memang dah menjadi kelaziman zaman sekarang ni dimana ramai ibu berkerjaya terpaksa menghantar anak-anak ke mana-mana kelas tak kiralah sama ada kelas fardhu ain, mengaji, tuisyen atau pun pusat jagaan kanak-kanak..extr...

Sekurang-kurang masa yang ada sementara menunggu habis waktu bekerja si ibu..diisi dengan perkara-perkara yang dapat mencambahkan tahap ilmu anak-anak..

Nak difikirkan..kesian gak budak-budak ni..Yelah..macam penat pun ada kan...Tapi nak buat macam mana..kan..
Any way ada tak apa-apa cadangan mcm mana nak solve problem in case jadi peristiwa mcm nora ni...anak tak nak pi sekolah...



Tuesday, October 13, 2009



Thursday, October 8, 2009

!Rumah Terbuka Hari Raya!

Sekarang ni merata-rata tempat buat Rumah Terbuka Hari Raya,
Ni pun baru jer balik dari makan umah terbuka..Japgi petang pulang nak pi umah terbuka lagi..Alhamdulillah..ari ni kenyang makan..tul..
Esok lagi la..makan free dari pagi sampai malam...Schedule penuh...
Maklumlah..Puasa sebulan Raya pun jadi sebulan lah yer...
Walaubagaimana pun..Nora ucapkan Selamat hari raya bagi mereka yang baru aje selesai berpuasa Enam...

Tuesday, October 6, 2009

Contest Raya


Cara Penyertaan
Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Boys) dan Kategori B (Girls)
  • Pertandingan dibahagikan kepada dua fasa:
  • Fasa 1: 23 September 2009 – 15 Oktober 2009 - Semua peserta submit gambar Si Comel Berbaju Raya.
  • Fasa 2: 16 Oktober 2009 – 31 Oktober 2009 - Top Ten akan dipilih. Pemenang akan dipilih berdasarkan undian.

Syarat Penyertaan

  • Jadi Follower BabyIbu dan add BabyIbu dalam bloglist anda
  • Letak banner di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Membuat entri mengenai contest ini diblog anda
  • Dalam entri itu, upload satu (1) gambar si comel anda berbaju raya (berbaju raya = baju kurung/baju melayu)
  • Sila nyatakan nama si comel dan umurnya
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke BabyIbu dan semua sponsor (no link back will be disqualified)
  • Bila dah siap, tinggalkan link entri anda di entri ini.
  • Klik sini untuk Q &A
hadiah memang lumayan dan menarik
yang ditaja dan di sponsor oleh:-
===
Jadi..nilah dia gambar anak-anakku berbaju raya..



Nama : Hasbul Wafie Bin Yusra
Umur : 5 Tahun 11 Bulan





Nama : Walin Hannani Bt Yusra
Umur : 1 Tahun 2 Bulan

Ragam anak lepas cuti raya..

Hmm...memang dah dijangkakan ...Balik jer cuti beraya dikampung..masalah yang timbul, pastinya nak mengejutkan anak bangun pagi ke sekolah...Ya Allah..sabar je la...
Maklumlah cuti lama..Untuk anak nora yg sulung..alhamdulillah..senang bangun..tapi si boy sorang ni..
Ampun..kena prepare 1/2 jam awal nak kejutkannya...
Nak kata tidur lambat sangat..tak jugak...

Monday, October 5, 2009

..Salam Syawal dari kami sekeluarga...


~ Salam Syawal dari kami sekeluarga buat semua ~
Ikhlas Dari Yusra, Nora, Wardah, Wafie & Walin

Permulaan....Blog...Percubaan....



Assalamualaikum.....Salam Perkenalan buat semua...
Selamat bertugas semula setelah lama bercuti...