Followers

Monday, January 18, 2010

Mari Kiter Renungkan bersama "WANITA & KUBUR"

SUMBER DICOPY PASTE DARI : http://damiaqish.blogspot.com/

MENGENAI WANITA & KUBUR
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, 'Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia'.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah men! catatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang s! entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah&n! bsp; memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah! (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, 'Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, 'Suaminya. 'Siapa pula berhak terhadap lelaki?' Jawab Rasulullah, 'Ibunya'.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suami! nya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya..
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16.. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w ) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu ! daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 'Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.
SATU PERINGATAN!! KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI;
1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan 'Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
p/s marilah kiter bersama2 renung2kan sejenak..ape yang cuba disampaikan dalam erti kata2 diatas


Monday, January 11, 2010

I LOVE U ADIK CONTEST


ANJURAN OLEH BLOG : LEA KHALID HADIAH TAJAAN : MYLITTEKIMIE

TARIKH TUTUP : 01/02/2010



"MMmm..sayang adik abang...Kakak dah busukk...tepi ...tepi.."


"Isshh..apa ni..Walin rimaslah...kakak ngan abang ni.."


" Model cilik Tarbus cap 3W "

NAMA KAKAK : WARDAH HUSNA (11 THN)
NAMA ABANG : HASBUL WAFIE (7 THN)
NAMA ADIK : WALIN HANNANI (1 THN 5 BLN)


Sunday, January 10, 2010

SWEETLOVELY SHOPPE CUTEST BABY PHOTO CONTEST


CUTEST BABY PHOTO CONTEST

ANJURAN DARI BLOG : SWEETLOVELY SHOPPE
TARIKH TUTUP : 20/01/2010

UNTUK MAKLUMAT LANJUT MENGENAI SYARAT SERTA HADIAH YANG DITAWARKAN SILA KLIK

*
*
*
*
*


Nama : Walin Hannani Yusra
Tarikh Lahir : 02/08/08 (1thn 5 bln)

SEKIAN..TERIMA KASIH PIHAK PENGANJUR

CONTEST SWEET PICTURE ANAK BERSAMA IBU


ANJURAN DARI BLOG : EIYA
PENAJA HADIAH : MYTOMEIOUTLET
TARIKH TUTUP : 29/01/2010
UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG CONTEST NI KLIK SINI

*
*
*
*
*



NAMA IBU : NOOR RAFIDAH (IBU3W)
NAMA ANAK : WALIN HANNANI YUSRA
TARIKH LAHIR : 02/08/08 ( 1 THN 5 BLN)

Kenapa gambar ni dianggap sweet....mmm...sebab...
* Semasa gambar ni di snap..Nora bknnya plan nak berposing pun...tapi adik bongsu Nora yang tangkap secara tetiba..dgn memanggil nama, then dia snap.(masa tgh handle walin sebok nak kacau ayah dia makan)..tapi hasilnya betul-betul melekat di jiwa..(credit to Pak Su)
* Masa ni jugak kami baru first time berkunjung ke kota melaka..
*Walin nampak bersahaja..Ibunya nampak remaja..khik..khik..khik...
Tapi..apa-apa pun, Nora betul-betul suka ngan gamba ni...sweeettt....sggtttt...

Wednesday, January 6, 2010

Pretty Zaza baby face contest




Ok... contest kali ni ..close up picture baby face . Kualiti gambar tak la macam pro... sebab nora guna kamera biasa jer... sesiapa yang nak join .... KLIK sini untuk maklumat lanjut...

#
#
#
#



Nama : Walin Hannani Bt Yusra
Umur : 1 tahun 5 bulan



MOBS & Lollietots CUTEST SMILE BABY CONTEST


Contest for 2010.... for more information... CLICK HERE




#
#
#
#





my name: Walin Hannani Bt Yusra
DOB: 2 August 2008
I am 1 year 5 months old


Santapan Rohani~

Salam..rasanya dah lama sangat tak bercorat-coret dlm laman blog ni..asyik-asyik join contest jer..
Timbulnya rasa nak menulis kali ni disebabkan terjumpa satu artikel/info yang nora rasa nak kongsikan bersama...

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.