Followers

Thursday, March 22, 2012

UntitledJoin SAYS Malaysia

Wednesday, March 21, 2012

Taktik Menculik Anak di Pasaraya.

Berkongsi artikel ini dari FB.Baca, ambil iktibar 

dan perhatikan anak-anak semasa di tempat awam.



Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja.
 Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan berkongsi maklumat ini. 
Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. 
Mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. 
Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging , dan apabila berpusing
 mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. 
Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu , sementara si ibu tadi terus
 memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.   
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut
 melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya 
apabila diminta berbuat demikian , dan kemudian terus meninggalkan saya
untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya 
semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. 
Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.  
 Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.

Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian 
di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu
sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. 
Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan  rambut palsu terletak
 di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.   
Siapa pun yang melakukannya -  iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini 
ke dalam bilik air ,  cukur rambut dan tukar pakaiannya  -  
melakukannya kurang daripada 10 minit ! Ini buatkan saya menggigil tak sudah-sudah. 
Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang 
melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa
 keluar.   
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya ,  apa lagi
 dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau
 telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, 
dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.   
SEBARKAN BERITA INI  SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA
 ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA !

Thursday, March 8, 2012

Solat Dhuha


Adalah Nabi S.A.W. bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah) 



Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas. 



Selesai solat, hendaklah membaca tasbih ini sebanyak 10 kali :


سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ


"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah."




Kredit to :
http://terapiruqyahsyariah.blogspot.com