Wang
syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh
simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan
kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan
dimasukkan ke dalam poketnya.
Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari
sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa
yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu
dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh
ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan
ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil
lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun,jeritan itu
tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan
tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan
harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di
atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya
itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit
dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya
batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan
Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan ‘syiling’
lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada
kita.
Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar
kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan
kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas
sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak
berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa
musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya
setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk
mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan ‘syiling’ lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan ‘syiling’ itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk ‘mendongak’ ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi,apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian,lalu Dia jatuhkan pula ‘batu’ yg berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman yg menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
No comments:
Post a Comment