Followers

Tuesday, January 7, 2014

kebanggaan ibu

~Kebanggaan Ibu~ Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... Dulu saya dapat 5A UPSR... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya... Dulu saya dapat 8A dalam PMR... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia... Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya.... Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya... Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya.... "Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..." Kata mereka.... Tapi... Pada suatu Subuh... Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu... Saya bacakan surah Abasa... Dan sebak ketika sampai ayat: Yaumayafirrul mar'umin akhih..... Wa ummihi...wa Abih.... Selesai solat, semasa perjalanan pulang... Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu? Saya jelaskan.... Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya... Ibunya... Ayahnya.... Isterinya... Anak-anaknya... Saya katakan... Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya... Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila... Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut...... Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak... Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya... Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya... Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka? Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata.... "Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..." Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku... Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji.... Wahai hamba Allah... Apa sebenarnya yang kalian kejar? Apa pula sebenarnya yang kejar kalian? Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia... Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian? Wahai saudaraku... Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi? Sebelum lubang kubur kalian akan digali? Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul banggai? *self-reminder*

Monday, September 30, 2013

AMALAN IBU MENGANDUNG DAN MENGUATKAN RAHIM

1) Membaca ayat2 selusuh.

2) Untuk mudah beranak: Surah Maryam.

3) Untuk cantik: Surah Yuusuf.

4) Untuk cerdik: Surah Luqman

5) Untuk kuatkan rahim: as Soffat - khususnya kepada ibu yang selalu keguguran.

6) Untuk banyak susu: al Hujuraat

7) Untuk anak kuat iman: al Ikhlas

Untuk anak bijak / nak jadi saintis / doktor: Ayat2 yang ada kaitan dgn penciptaan alam maya: cthnya: Surah al Ghaasyiah.

9) Kuat agama / ulamak: Ayat2 yang ada kaitan dengan ulamak.Cthnya: Ayat 28 Surah Faathir.

Seboleh5nya biarlah si ibu yang amalkan... atau boleh juga ayah yang bacakan.. atau paling lekehpun belilah cd ayat2 al Quran terbabit dan pasangkan secara rutin di rumah... Gantikanlah lagu2 laghaa dari radio dan rancangan hiburan di rumah dengan alunan serta lantunan bacaan ayat suci al Quran atau untaian selawat @ gasidah senantiasa DI RUMAH ANDA!!!

Thursday, September 19, 2013

✿ Doa Ketika Bayi Dalam Kandungan ✿






-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah, rupakanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepadaMu dan kepada rasulMu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah, jadikanlah dia sihat yang sempurna dan berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah, panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam"

. اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن


Sumber : Keharmonian Rumahtangga Dan Keluarga Muslim

Wednesday, September 11, 2013

HALA TUJU AL-HAFIZ


Masih 50-50 nak hantar anak ke TAHFIZ ?.... Jom kita tengok hala tuju Al-Hafiz...
Insyaallah...terbuka minda kita untuk tidak berlengah-lengah menghantar anak ke Pusat Tahfiz....





PERTAMA :      Bidang Profesional 
--> Nak anak jadi professional umpamanya doctor,engineer,akauntan,arkitek etc ( tetapi dalam masa yang sama telah hafal 30 juzuk Al-Quran) ?



KEDUA      :  Bidang Agama
--> Nak anak jadi ustaz,qari,alim ulama ?



PERTAMA : BIDANG PROFESIONAL



Senario 1 :  
Masuk tahfiz seawal 8thn. setelah 4 tahun berjaya hafal 30juzuk Al-Quran. Pada umur 13thn boleh menyambung semula persekolahan ke tingkatan 1. Tiada masalah jika nak ke sekolah kerajaan.sehinggalah seterusnya SPM – DEGREE – MASTER – PHD

Senario 2  :
Masuk tahfiz umur 13thn.Pada umur 16thn  dah jadi Hafiz Al-Quran. Pada umur 17thn masuk sekolah semula untuk ambil SPM sehinggalah seterusnya  SPM – DEGREE – MASTER – PHD
Terdapat berbagai tempat pengajian yang tawarkan pelajar yang Hafiz Al-Quran khusus untuk ambil SPM  contohnya UNISEL , KUIN etc

Soalan  :
1.  Boleh bawa ke ? Dah 4 tahun tak pergi sekolah, hanya menghafal Al-Quran sahaja ?

Jawapan
  : InsyaAllah jika pelajar tersebut mampu hafal 30Juzuk Al –Quran tidak menjadi masalah dan berdasarkan pengalaman pelajar-pelajar sebelum ini,jika belajar bersungguh-sungguh tiada yang mustahil untuk berjaya SPM dan seterusnya.

2.  Anak saya tak ambil UPSR dan PMR, boleh ke ambil SPM ?

Jawapan 
 :  Boleh, tiada syarat yang di keluarkan Kementerian Pelajaran jika tidak ada UPSR dan PMR pelajar tersebut tidak boleh ambil SPM.

3. Boleh ke anak saya jaga akhlak (culture shock) bila masuk sekolah biasa kembali ?

Jawapan
  :  Selama 4 tahun di pusat tahfiz pelajar telah dididik akhlak mereka secara intensif.insyaAllah tidak menjadi masalah.tetapi masih perlukan pantauan ibu bapa.
4. Bagaimana jika saya nak hantar anak saya ke sekolah tahfiz yang ada akademik ? Apa beza Tahfiz yang ada akademik dengan tahfiz yang fokus sepenuhnya kepada Al-Quran ?

Jawapan
 : Boleh, tidak menjadi masalah, malah banyak sekolah kerajaan dan swasta yang tawarkan program sebegitu.
Tetapi harus di ingat --  kebiasaannya hanya pelajar yang cemerlang sahaja yang akan cemerlang akademik di samping dapat menghafal 30 Juzuk Al-Quran  ( sebab tu kebanyakan sekolah tahfiz akademik membuat tapisan pelajar, hanya ambil pelajar cemerlang sahaja contohnya 4A/5A
Pelajar kurang cemerlang ( below par) terpaksa buat pilihan samada cemerlang akademik atau cemerlang Al-Quran.


KEDUA : BIDANG AGAMA


 Senario 1  :
Masuk tahfiz umur 8thn. Lepas 4thn jadi Hafiz.Umur 13thn masuk sekolah kembali dan ambil aliran agama,ambil SPM dan STAM ( Sijil Tinggi Agama). Jika cemerlang boleh apply untuk sambung ke Universiti Timur Tengah ( Mesir, Jordan, Yaman, Kuwait ) etc.

Senario 2 :
Setelah jadi Hafiz berpeluang menyambung pelajaran kitab atau alim. Tempat yang menawarkan pengajian kitab / alim seperti  :  ( Madrasah Sri Petaling, Madrasah Kubang Bujuk, Pondok-pondok pesantren di Indonesia, Darul Ulum di India, Pakistan, Afrika Selatan.)
 Menyambung pengajian ke luar negara.  Cth :  ( Mesir, Jordan , Yaman , Afrika Selatan ).

Tuesday, July 16, 2013

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK








Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.

Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.
Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.
Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.

Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.

Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.

Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...

Monday, May 20, 2013

I'm proud of you..my beloved niece...

AQILAH JULANG MARUAH KELUARGA

Oleh: Hamizul Abdul Hamid
Eksekutif Komunikasi Korporat
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
“Ayah meninggal dunia amat muda dalam usia 39 tahun, akibat sakit jantung pada 20 Ogos 1999. Ayah pergi kala kami sekeluarga sebenarnya amat mendambakan pembelaan dan perlindungan daripadanya. Bayangkan, emak mewarisi lapan orang anak yang semuanya masih dalam usia serba mentah. Saya anak sulong emak dan saya dapat melihat sendiri, betapa sabar dan jerihnya emak membesarkan kami anak-anaknya.“
Demikianlah perkongsian kisah penuh nostalgia Aqilah binti Amir Jamalullail, 24 yang berpeluang diwawancara buat mewarnai kanvas Jejak Asnaf pada episod kali ini. Aqilah ditemui lewat Majlis Anugerah Asnaf Cemerlang 2012 di Shah Alam baru-baru ini. Beliau diangkat sebagai ikon anak asnaf cemerlang dan dijemput khas dalam sesi perkongsian pengalaman dengan semua peserta program.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berharap, kejayaan yang pernah ditempa oleh Aqilah mampu menjadi obor pembakar semangat juang semua warga asnaf yang lain, khususnya kepada generasi kedua asnaf. Tiada kalimah gagal jika diri mahu mencuba dan Aqilah, walaupun zahirnya hanya bertubuh kecil molek; namun sudah pun merealisasikannya.
“Saya masih ingat, orang-orang kampung mengejek kami dengan sindiran yang sinis dan menyakitkan hati. Telinga saya sendiri mendengar, ada orang berkata, hati-hati apabila berjumpa dengan emak dan kami anak-anaknya, sebabnya emak beranak ramai.
“Saya rasa, mungkin mereka takut jika berbuat baik dengan emak, nanti kami anak-anak emak akan menumpang kebaikannya. Bayangkan, jika lapan anak mahu diajak makan sekali di kedai makan, bukankah ia sesuatu yang membebankan?” Sambung Aqilah lagi sambil merenung kisah silam yang amat menghiris perasaan.
“Walau bagaimanapun, mujurlah pencen ayah sebagai seorang anggota polis yang berpangkat inspektor, agak besar juga bagi menampung keperluan kami sekeluarga. Dengan pencen itulah, emak telah memanfaatkannya demi kami semua. Semuanya ditatang bagaikan minyak yang penuh, sebagai amanah daripada Allah, tanpa rintih dan tiada keluh.” Tambah Aqilah lagi.
Kata Aqilah lanjut, kala itu emaknya Rukiah binti Mahmood tidak dapat bekerja lantaran bimbangkan keselamatan anak-anak jika ditinggalkan sendirian di rumah tanpa seliaan sesiapa.
“Kemudian, pada tahun 2005 emak bawa anak-anak pindah ke Selangor. Pada tahun itu jugalah, kami diberikan bantuan zakat oleh pihak LZS. Bantuan ini amat diperlukan oleh emak dan kami tidak menyangka, semuanya kami perolehi di Selangor. Bagi saya, LZS benar-benar memahami keperluan asnaf seperti emak. Bantuan itu, amat besar maknanya kepada kami semua.”
Benar, LZS melihat potensi Aqilah dan adik-adiknya cukup besar. Lantaran itu, antara bantuan yang disalurkan ialah bantuan pendidikan, demi membolehkan mereka belajar tanpa gangguan.
“Dalam persekolahan, saya memulakan pendidikan di Sekolah Rendah Manong. Selepas ayah pergi, saya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bernadettes Convent, Bt. Gajah. Alhamdulillah, walaupun hidup dalam serba kesederhanaan, saya masih mendapat pencapaian 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Pada tahun 2000 itu jugalah, saya telah dianugerahkan Tokoh Sahsiah Sekolah di samping turut menjawat jawatan Ketua Pengawas Sekolah.
“Kemudian, dengan keputusan yang cemerlang itu, saya telah dipilih memasuki Sekolah Menengah Sains (SMS) Teluk Intan. Sekolah ini menempatkan hanya pelajar-peajar yang cemerlang dalam akademik. Saya tidak mahu mensesiakan harapan emak, maka saya tidak membuang masa dan cuba mengekalkan kecemerlangan.
“Alhamdulillah, sekali lagi Allah SWT memberkati perjuangan saya dan kali ini, saya mendapat 8A di dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), iaitu pada tahun 2003. Saya merasa puas, kerana setakat ini saya tidak mensesiakan harapan yang emak semaikan. Namun, saya tahu masih ada ujian lebih besar menunggu, iaitu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).” Ujar Aqilah selanjutnya.
Menurut Aqilah, semasa di SMS Teluk Intan, beliau tidaklah sahaja menumpukan perhatiannya kepada akademik semata-mata. Ini kerana, Aqilah sedar bahawa pencapaian akademik yang baik perlulah diiringi dengan kejayaan dalam bidang ko-kurikulum yang juga baik. Gabungan kedua-dua bidang ini pasti menjadi nilai tambah bagi dirinya, berbanding orang lain yang mungkin hanya cemerlang dalam satu bidang sahaja.
Apatah lagi, Aqilah memang mendambakan penajaan daripada mana-mana pihak demi melayakkannya terus mencipta kejayaan dalam dunia pendidikan. Pihak penaja juga hanya akan memilih yang terbaik untuk diberikan biasiswa. Maka, Aqilah perlu membuktikan bahawa kesibukannya menjawat pelbagai jawatan bukanlah batu penghalang kejayaan, khususnya dalam pendidikan.
“Sewaktu di SMS Teluk Intan, saya pernah memegang jawatan Ketua Pengawas Puteri. Ia adalah satu jawatan yang berat, kerana menjadi ketua pengawas hakikatnya adalah jawatan tertinggi di sesebuah sekolah. Namun berkat ketekunan, alhamdulillah akhirnya saya berjaya menguasai semua keadaan.
“Dalam SPM tahun 2005, saya telah menggondol keputusan terbaik 10A1 dan sekaligus telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar dan mendapat status Pelajar Terbaik SPM. Bagi saya, inilah hadiah termahal yang dapat saya berikan kepada emak yang begitu sabar membesarkan dan mendoakan saya selama ini.” Sambung Aqilah lagi.
Sesudah mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Aqilah telah ditawarkan biasiswa oleh Petronas bagi menyambung pengajiannya ke luar negara. Bagi Aqilah, anak orang miskin sepertinya apabila ditawarkan biasiswa seperti itu, ia ibarat rembulan jatuh ke riba.
“Saya pun menyambung pendidikan ke kolej persediaan dan kemudiannya, berjaya menempatkan diri di Monash University, Melbourne, Australia. Saya menyambung dalam bidang Geosains. Berkat usaha di sana, pada tahun kedua di Monash, saya merupakan salah seorang daripada empat orang pelajar terbaik dalam subjek Geografi dan Sains Persekitaran.
“Kini, saya bersyukur kepada Allah SWT kerana sepulang sahaja ke tanah air, pihak Petronas terus mempelawa saya untuk menempati posisi di salah sebuah entiti miliknya. Kini, saya sudah pun diambil bertugas sebagai Geosaintis Eksplorasi di Petronas Carigali Sdn. Bhd.” Tuntas Aqilah menamatkan bicara.
Inilah secebis kisah kejayaan seorang anak asnaf, yang membuktikan bahawa kemiskinan bukanlah batu penghalang kejayaan; sebaliknya ia menjadi batu loncatan kecemerlangan. Adik-adiknya juga kini sedang menekuni diri di pelbagai IPT, antaranya adik keduanya di Universiti Pertahanan Malaysia, adik ketiga di Universiti Teknologi Mara dan adik keempatnya di Universiti Malaya. Semoga Allah SWT terus memberkahi mereka, amin.

Thursday, February 14, 2013

Mendidik anak...

 




Renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”