Followers

Tuesday, October 20, 2009

blog menarik utk kita lawati...khas utk tips penjagaan anak..

Just nak berkongsi serba sedikit tips yang saya perolehi dari rakan blog kita.
http://www.rentis.blogspot.com/
Banyak tips menarik dalam soal penjagaan anak yang boleh kita perolehi
dari hasil penulisan beliau..

ANAK PEREMPUAN DAN KECANTIKAN

Teringat saya kepada peristiwa di satu pagi beberapa tahun lepas yang membawa perubahan positif kepada hidup saya.

Pada pagi itu saya singgah di rumah kawan saya, Fiza kerana urusan peribadi. Fiza, suri rumahtangga mempunyai empat orang anak yang masih kecil. Dia kelihatan manis sekali berbaju kurung dengan dandanan yang menarik.

Saya bertanya sama ada dia bersiap hendak keluar. ”Taklah, duduk rumah pun kena sentiasa melawa untuk diri sendiri dan suami. Kita pun akan rasa segar, ceria dan bersemangat melakukan kerja-kerja rumah dan melayan kerenah anak-anak”, jawab Fiza selamba.

Sejak itu saya mula muhasabah diri. Memang saya perlu mencontohi Fiza. Sentiasa kelihatan kemas, menarik dan ceria di rumah.

Saya memang asalnya tak suka melawa. Bagi saya ia membuang masa dan duit. Saya juga rimas memakai barang kemas. Suka ringkas saja.

Mungkin kerana kesempitan hidup semasa kecil, kami adik beradik tidak ada banyak baju dan perhiasan. Jadi tak biasa melawa dan memakai barang kemas.

Apa pun sesuatu mengenai Fiza menarik minat saya untuk nekad berubah. Saya mula mengambil perhatian kepada kecantikan dan mengajak anak saya, Nurin bersama.

Pengajaran pertama saya pelajari adalah untuk berhias memerlukan usaha dan kreativiti. Bukan senang. Apa pun ia sesuatu yang berbaloi.

Saya dapati dalam diri saya ada keinginan seperti wanita lain yang sukakan kecantikan.

Anak perempuan saya, Nurin memang suka kelihatan cantik dan kemas. Sejak kecil dia suka meniru cara saya berpakaian, kemudian bila dah besar sikit mula dipengaruhi oleh kawan-kawan dan fesyen semasa.

Saya cuba melayan minatnya dengan memberi panduan. Apa yang wanita Islam tidak boleh pakai di luar, saya benarkan dia berpakaian di rumah. Cuma perlu sopan dan menjaga aurat sesama mahram.

Keinginan untuk sentiasa kemas dan kelihatan cantik mengeratkan lagi hubungan kami sebagai ibu dan anak. Kami berkongsi idea dan akan keluar bersama membeli aksesori dari masa ke semasa. Nurin juga suka mencipta aksesori sendiri dari manik dan kadang-kadang menjual kepada kawan-kawannya.

Sekarang Nurin sama tinggi dengan saya dan mempunyai saiz kasut yang sama. Jadi dapat berkongsi pakaian dan kasut.


Fitrah anak gadis yang ingin kelihatan cantik perlu dipupuk sejak kecil. Ibu bukan sahaja role model tetapi pembimbing yang berperanan memberi panduan kepada anak perempuan tentang adab-adab berpakaian.

Ayah boleh memainkan peranan dengan memuji anak perempuan sekali sekala. Berikan hadiah dari masa ke semasa mengikut minat mereka.

Sebaiknya anak perempuan mempunyai bilik atau sudut sendiri bagi mengasuh mereka menghargai, menjaga dan menyimpan barang-barang peribadi.

Moga kita berusaha menyantuni fitrah anak-anak perempuan kita menjadi wanita solehah dan isteri yang menawan hati suami setiap masa. Yang lebih penting, galakkan mereka berpakaian takwa dan hiaskan diri mereka dengan akhlak yang mulia.


2 comments:

Suziey Ahmad said...

good articles to share :)
hai salam ziarah..

mysweetkiddys craft said...

Salam...Mmg byk article menarik...especially dalam usaha kita mendidik anak-anak di zaman serba mencabar ni...