Followers

Wednesday, September 11, 2013

HALA TUJU AL-HAFIZ


Masih 50-50 nak hantar anak ke TAHFIZ ?.... Jom kita tengok hala tuju Al-Hafiz...
Insyaallah...terbuka minda kita untuk tidak berlengah-lengah menghantar anak ke Pusat Tahfiz....





PERTAMA :      Bidang Profesional 
--> Nak anak jadi professional umpamanya doctor,engineer,akauntan,arkitek etc ( tetapi dalam masa yang sama telah hafal 30 juzuk Al-Quran) ?



KEDUA      :  Bidang Agama
--> Nak anak jadi ustaz,qari,alim ulama ?



PERTAMA : BIDANG PROFESIONAL



Senario 1 :  
Masuk tahfiz seawal 8thn. setelah 4 tahun berjaya hafal 30juzuk Al-Quran. Pada umur 13thn boleh menyambung semula persekolahan ke tingkatan 1. Tiada masalah jika nak ke sekolah kerajaan.sehinggalah seterusnya SPM – DEGREE – MASTER – PHD

Senario 2  :
Masuk tahfiz umur 13thn.Pada umur 16thn  dah jadi Hafiz Al-Quran. Pada umur 17thn masuk sekolah semula untuk ambil SPM sehinggalah seterusnya  SPM – DEGREE – MASTER – PHD
Terdapat berbagai tempat pengajian yang tawarkan pelajar yang Hafiz Al-Quran khusus untuk ambil SPM  contohnya UNISEL , KUIN etc

Soalan  :
1.  Boleh bawa ke ? Dah 4 tahun tak pergi sekolah, hanya menghafal Al-Quran sahaja ?

Jawapan
  : InsyaAllah jika pelajar tersebut mampu hafal 30Juzuk Al –Quran tidak menjadi masalah dan berdasarkan pengalaman pelajar-pelajar sebelum ini,jika belajar bersungguh-sungguh tiada yang mustahil untuk berjaya SPM dan seterusnya.

2.  Anak saya tak ambil UPSR dan PMR, boleh ke ambil SPM ?

Jawapan 
 :  Boleh, tiada syarat yang di keluarkan Kementerian Pelajaran jika tidak ada UPSR dan PMR pelajar tersebut tidak boleh ambil SPM.

3. Boleh ke anak saya jaga akhlak (culture shock) bila masuk sekolah biasa kembali ?

Jawapan
  :  Selama 4 tahun di pusat tahfiz pelajar telah dididik akhlak mereka secara intensif.insyaAllah tidak menjadi masalah.tetapi masih perlukan pantauan ibu bapa.
4. Bagaimana jika saya nak hantar anak saya ke sekolah tahfiz yang ada akademik ? Apa beza Tahfiz yang ada akademik dengan tahfiz yang fokus sepenuhnya kepada Al-Quran ?

Jawapan
 : Boleh, tidak menjadi masalah, malah banyak sekolah kerajaan dan swasta yang tawarkan program sebegitu.
Tetapi harus di ingat --  kebiasaannya hanya pelajar yang cemerlang sahaja yang akan cemerlang akademik di samping dapat menghafal 30 Juzuk Al-Quran  ( sebab tu kebanyakan sekolah tahfiz akademik membuat tapisan pelajar, hanya ambil pelajar cemerlang sahaja contohnya 4A/5A
Pelajar kurang cemerlang ( below par) terpaksa buat pilihan samada cemerlang akademik atau cemerlang Al-Quran.


KEDUA : BIDANG AGAMA


 Senario 1  :
Masuk tahfiz umur 8thn. Lepas 4thn jadi Hafiz.Umur 13thn masuk sekolah kembali dan ambil aliran agama,ambil SPM dan STAM ( Sijil Tinggi Agama). Jika cemerlang boleh apply untuk sambung ke Universiti Timur Tengah ( Mesir, Jordan, Yaman, Kuwait ) etc.

Senario 2 :
Setelah jadi Hafiz berpeluang menyambung pelajaran kitab atau alim. Tempat yang menawarkan pengajian kitab / alim seperti  :  ( Madrasah Sri Petaling, Madrasah Kubang Bujuk, Pondok-pondok pesantren di Indonesia, Darul Ulum di India, Pakistan, Afrika Selatan.)
 Menyambung pengajian ke luar negara.  Cth :  ( Mesir, Jordan , Yaman , Afrika Selatan ).

13 comments:

hafizahyaakob said...

salam....anak saya juga baru tahfiz 30 juzuk alquran dan dlm proses mengulang...usianya 16 thn..alahamdulilah...jgn halang atau anggap pelajar tahfiz hanya akan menjadi ustaz. besar hikmahnya mendapat anak seorang tahfiz...

SallySonata ZA said...

Anak saya pelajar tahfiz tidak mengambil upsr n pt3 dan akan mengambil SPM nanti. Persoalannya. Blhkan anak saya mengambil SPM di sekolah menengah kerajaan nanti.

Unknown said...

Assalamualaikum cik sally... mcm mana sy nak berhubungvdgn cik.. sy nk bertanyakan pasal tahfiz yg x perlu ambil pt3

Anonymous said...

Sy da dua tahun hafiz.. Skrg tgh belajar n tgh pikir nak sambung belajar.. Family pon suruh sambung.. Tapi sy xtau minat katmana... 😭😭

Anonymous said...

Bukan tgh belajar.. Sdg "bekerja"

Unknown said...

Anak saya darjah 6 sy berhenti kan sekolah rendah dan tak ambik upsr boleh ke nanti dia sambung pmr

Unknown said...

Assalamualaikum, saya pon berminat nak tahu.

Unknown said...

Pengalaman buat ibu ibu. Anak sulung saya kt tahfiz p. Chondong x ada pt3, tapi ada spm.. Skrg Di unisza

Anak ke dua tahfiz tanah merah sekarang ikut program ijazah islamic banking

Anak ke 3 tahfiz non akademik.. 3 tahun . Masuk tg 4 ambik sma dan Tahun depan spm . X ada masalah

Unknown said...

Boleh email sy x nk tahu mcmna cara ank.puan bljr utk spm..adakh msuk sklh krajaan atau tusyen sahaja

Unknown said...

Assalamualaikum anak sy skarang nak msk tingkatan 3 sblum ni dia skolah yg ade hafal al quran dah hbis satu juzuk dia hafal tp akedemik dia truk hampir sparuh subjek fail... Sy buntu sama ada nak hantar madrasah atau hantar skolah biasa... Huhuhu.. Blh bg cadangan tak..

ayujef said...

Cadangan saya, kalau anak x mampu bawa keduanya ( hafazan & akademik ), buatlah satu2. Masuk ke tahfiz yg hafalan shj dulu. Bila dah khatam, boleh belajar akademik semula. InsyaAllah, org yg ada Al Quran didada mudah faham dan cepat belajar/faham nanti.

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya berniat nak hantar anak2 saya sekolah tahfiz seawal umur 7tahun. Boleh saya tahu dekat Melaka mana sekolah yang ok.

Unknown said...

Assalamualaikum. Saya berniat nak hantar anak saya ke tahfiz seawal 7tahun. Boleh suggest tahfiz di Melaka untuk perempuan. Terima kasih