Followers

Monday, March 15, 2010

Homework: Perlu kah Sampai Tahap Membebankan Kanak-Kanak

di copypaste dari laman blog etomyam

Lain dan berbeza rasanya sistem pembelajaran zaman sekarang dengan sistem belajar zaman kanak-kanak dahulu. Pagi ni saya rasa kesian pulak dengan anak lelaki yang baru berusia 6 tahun, bangun sejak jam 6 pagi semata-mata untuk siapkan kerja rumah yang diberikan oleh cikgu tadikanya. Sudah diusaha seday upaya untuk disiapkan namun tidak siap sepenuhnya menyebabkan dia menangis dan tidak mahu ke sekolah. Mungkin dia merasa tertekan dan takut dimaruhi cikgu kerana tidak mampu menyiapkan tugasan yang diberikan.

Saya pun ada tengok jugak tugasan yang diberikan tu, sampai 3 helai mukasurat yang perlu disiapkan dalam masa satu malam, hasrat hati nak juga bantu buatkan tapi susah pulak nak ikut tulisan tangan budak-budak ni, dah tentu cikgu akan tahu bukan budak yang menulisnya.

Seingat saya zaman dulu kerja rumah tak derlah ‘heavy’ semacam je, entah apa yang ndak dikejarkan sangat dengan kanak-kanak berusia 6 tahun, zamn dulu balik sekolah campak beg terus main, habis main bila malam buat kerja rumah dan terus tidur. ye lah dulu tingal di kampung, mak tak kerja, jam 2 dah ada kat rumah dan dah boleh bermain.

Zaman sekarang kebanyakkan ibubapa kerja, jam 5.30 paling cepat ambil anak di tadika, jam 6 baru sampai rumah, masa tulah kanak-kanak pun hendak bermain, bila malam keletihan dan tertidur semasa hendak siapkan kerja rumah. macam tak cukup masa pulak kanak-kanak ni.

Mungkin cikgu mempunyai justifikasi dan sebab tersendiri membekalkan kerja rumah yang banyak kepada kanak-kanak seawal usia 6 tahun. lagipun cikgu memang terlatih dan mempunyai pengalaman dan pendedahan yang luas dalam bidang tersebut.

Namun bagi saya memang kerja rumah tu perlu tapi tak de sampai memberikan tekanan kepada budak-budak tu. Bagi saya ianya memberikan kesan terhadap motivasi kanak-kanak, ni saya menulis berdasarkan pengamatan terhadap kanak-kanak berusia 6 tahun, kalau yang dah masuk sekolah kebangsaan tu lain ceritalah, dah cerdik.

No comments: